JKKN Dekati kembali permainan tradisional

 

Acara itu diadakan di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dan ia program permainan rakyat terbesar anjuran JKKN bersama rakan Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pusat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur (MATIC).

 

Menurut Pengarah JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Amran Mohd Haris, PTM@ Kepong adalah usaha JKKN untuk mendekatkan kembali masyarakat kepada permainan tradisional.

 

“Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional. Secara tidak langsung kita berada pada landasan yang betul untuk memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat.

“Melalui projek ini juga dapat mengelak remaja dan belia daripada terjebak dengan gejala tidak sihat malah dengan adanya pengetahuan bermain permainan tradisional seperti gasing membolehkan seseorang mendapat pulangan lumayan apabila menyertai pertandingan melalui program kebudayaan negeri dan diundang mengadakan persembahan di hadapan pelancong serta golongan kenamaan,” katanya.

Pada acara dua hari itu juga, orang ramai dialu-alukan menyertai Sarong Run 2017 iaitu acara larian dengan memakai kain sarung, batik atau pelekat. Hadiah menarik disediakan untuk individu dan keluarga yang datang dengan gaya tersendiri, kreatif, unik dan menarik.

Acara lain seperti Kids Explore Games, pameran dan jualan produk seni, demonstrasi dan interaktif permainan rakyat, persembahan pentas, hiburan rakyat serta jualan produk makanan.

Perasmain acara itu disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Turut hadir Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Norliza Rofli.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 1:02 PM
Author: 
Nor Akmar Samudin
Akhbar: 
Harian Metro
Publish date: 
Monday, September 18, 2017

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA