JKKN Dikir Rebana

Malay

Dikir Rebana memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini. Rebana diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan.

Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang.

Category: 
Freetags: