JKKN Perayaan Krismas

Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut.

Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak-kanak tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak-anak mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas, mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

Freetags: