JKKN Perayaan Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan merupakan perayaan oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun setelah selesai musim menuai padi. Sempena sambutan perayaan Tadau, mereka menyediakan makan minum seperti kuih-muih dan air tapai.

Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut di mana malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Manakala pada malam kedua, diadakan upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Para tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.