JKKN Permainan Tradisional

Congkak

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

Batu Seremban

Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain dan biasanya dimainkan oleh golongan perampuan.

Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah 5 biji batu dan biasanya ia dimainkan di dalam rumah.

Galah Panjang

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang.

Ianya juga dimainkan di kawasan tanah rata dan lapang dan permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan.

Guli

Permainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang.

Dan dimainkan dikawasan yang lapang dan rata. Alatan yang diperlukan didalam permainan ini ialah beberapa biji guli.

Sepak Bulu Ayam

Sepak bulu ayam adalah sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat sendiri.  Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga tujuh belas tahun.

Sepak Raga Bulatan

Sepak raga bulat adalah sejenis permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia memerlukan pemain yang ramai. Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini adalah di kawasan yang lapang dan rata.

Satu bulatan besar dilukis pada tempat permainan dan satu bulatan kecil pula dilukis didalamnya. Alatan untuk permainan ini hanyalah bola raga.

Wau

Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

Congkak

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

Gasing

Gasing adalah satu permianan tradisional yang bertujuan menguji kepintaran pemain memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing dalam jangka masa yang panjang. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur Sembilan tahun ke atas.

Jumlah pemain bagi permianan ini adalah 2 orang atau lebih dan dimainkan di kawasan yang lapang dan rata. Alat yang diperlukan untuk permainan ini ialah gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu ayam, getah kecupu, bilah, dan sedikit minyak pelincin.