JKKN Wau

Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

Permainan wau turut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau yang naik tinggi, kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang merdu, wau yang mempunyai warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan yang cantik dan wau yang naik tegak.